Tuesday, December 30, 2008

AKU HANYA INSAN YANG LEMAH

Hari ini...entah kenapa terdetik di hati saya untuk menulis di blog ini setelah sekian lamanya tidak "mengupdatenya".Mungkin sebab hari ini berbeza dari hari-hari sebelumnya. Hari ini saya diuji dengan ujian dari ALLAH s.w.t di atas "kesombongan" saya. Lain kali saya tak boleh agah lagi....kena sedar yang diri ini hanya insan yang lemah..yang hanya merancang...tapi tuhan yang menentukannya.
Seperti pagi-pagi biasa..umi menghantar saya ke ppsk...ingat ada kelas human resourse tapi dibatalkan setelah beberapa minit menunggu lecture di dkA. Saya ada berasa separuh kecewa kerana datang ke kelas,disebabkan kelas hr dibatalkan...a whole day saya takde kelas. Di fikiran sya terbayang pembaziran masa kerana menunggu bas..uhuh..nak wat cammana. Lepas tuh, saya, ji n tehah pergi ke tempat pameran. Tujuannya hanya satu...nak tengok pameran mhi yang bermula pada hari ini. N kami juga menjadi penyibuk2 di situh...honestly saya memang suka menyibuk apabila ada pameran mhi walaupun bukan ajk mpi. Tahun lepas pun begitu, bila ada chinese tanya pasal islam...saya cuba berkongsi ilmu saya yang sangat sikit ni kerana saya sangat yakin bahawa jika kita menolong agama ALLAH s.w.t, insya'ALLAH ALLAH s.w.t akan tolong kita.
Tanpa dirancang, saya ikut budak2 mr menderma darah setelah sekian lamanya menyibuk di pameran. Memang teringin lama dah nak menderma darah tapi takde kesempatan. Ini kali ketiga saya menderma darah. Kali pertama di kmk dan kedua masa selepas minggu orientasi. Actually saya bimbang nak derma darah kerana takut pening bila naik bas nanti. Tapi..hati saya menyatakan bahawa saya mesti kuat. Tanpa disangka, lebih kurang jam 2 ptg...bas 61a tiba setelah menunggu +-30min. Saya sengaja tidak mahu berebut dengan mak cik n pak cik yang menunggu bas selama berjam-jam lamanya untuk ke kb. Akhirnya saya terpaksa berdiri. Pada awal perjalanan saya hanya relaks sahaja kerana sudah biasa berdiri tapi apabila keluar dari pagar usm, kepala saya menjadi pening. Saya mula berasa loya dan pandangan saya menjadi kabur. Keadaan bas yang penuh sesak n jalan raya yang jem membuatkan saya semakin tidak selesa. Inilah KALI PERTAMA saya merasa macam hendak pitam. Saya mula takut andai saya pengsan di dalam bas dan menyusahkan orang ramai. Mujurlah mak cik di depan saya menawarkan tempat duduknya apabila melihat keadaan saya yang hampir pengsan. Apabila saya duduk, mak cik-mak cik terus bertanya keadaan saya sambil menggosok kepala dan belakang saya. Saya berasa sangat terharu. Terima kasih tuhan kerana mengurniakan hamba2Mu yang sangat baik dan prihatin. Tengkuk saya mula loya n saya hampir muntah. Mujurlah ada tisu yang saya bawa dari rumah. Saya mula bimbang andai saya termuntah dan membuat orang ramai kurang selesa. Tanpa membuang masa saya terus menekan loceng dan turun depan pagar usm dalam keadaan hujan yang agak lebat. Seorang mak cik sempat menghulur plastik kepada saya. Ya tuhan...aku lupa ...aku hanya insan yang lemah. Ujian hari ini menjadikan saya sedar bahawa ALLAH s.w.t sedang menguji saya agar belajar tentang SABAR dan IKHLAS. Semoga tuhan mengampuni saya..setiap kata yang tak terjaga, setiap mata yang terpandang, setiap pebuatan yang tersilap dan setiap hati yang takbur.

ScrollFx