Sunday, April 26, 2009

Kelantan kalah



Mmg adat permainan...ada pemenang n ada pekalahnya
Jujur, sy bukanlah peminat bola sepak malaysia kerana sukan kegemaran sy adalah badminton

Tapi, suasana kali ini berbeza

Saya tidak sabar2 menunggu detik perlawanan ini
Maybe ini kali pertama pemain pasukan negeri sy menjejak kaki ke final

Keputusan bakal diumumkan...hati sy berharap kel menang...
bukan kerana mengimpikan piala FA

bukan mengimpikan gelaran juara

Tapi....mengharapkan kejayaan kel kerana tidak mahu mengecewakan harapan ribuan peminat
yg snggup menghsabiskan masa, duit n tenaga hnya utk melihat kel bergelar "JUARA"

Saya teringat perbualan nenek saudara sy ngan ibu sy bila keretanya kehabisan bateri pada 25hb april
"mak su tak telefon pomen baiki kereta ke?tanya ibu saya

"pak din takde...pegi tengok bola kat kl."jawab nenek saudara sy.hampa
"anak kan pandai baiki .nape tak suruh dia je?"tanya ibu sy sekali lagi

"anak pun pegi tengok bola...naik kereta ngan kawan2 pegi kl"
kESImpulannya...nenek saudara saya tak dapat bergerak kemana2 kerana kereta tak dapat dibaiki pada hari tersebut sebab smua LELAKI yg berkenaan pegi tgk bola.

Keputusan diumumkan...kelantan sama 1-1 ngan selangor tapi kalah dlm pusingan penalti. Sy sedikit terkilan...sian peminat bola sepak kel yang berhempas pulas ke kl semata2 nak tgk kel menang...tp takdir ALLAH s.w.t pasti ada hikmahnya.

p/s :mujurlah takde rusuhan kat stadium...kecewa ngn laki kel yg b'sifat agak "gedebe". harap sgt mereka jaga air muka mb kita, tuk guru nik aziz.

Sunday, April 19, 2009

HP KU DICuRI...

Pagi ini saya rasa tak keruan sangat...semalaman tak boleh nak tidur. Rupanya ada sebab munasabab. Hp sy n my sis (k800i n k810i) DICURI....ya Allah, semoga pencuri itu mendapat balasan yang setimpal dgnnya!!!!!ni bukan kali pertama bukan juga kali kedua...tapi kali KELIMA. Saya seakan sudah lali dengan kehilangan hp hnya disebabkan manusia bernama PENCURI. Kini apa yg dirasa...ketakutan yang sukar ditafsir...rasa diri ini diperhati. Saya yakin dia adalah pencuri yang sama yg mencuri hp adik, umi n sepupu sy di rumah yg sama tapi tempat yang berbeza.

Ya...kehilangan hp yang berharga rm650(ketika dibeli) perit dirasa tapi yang lebih perit lagi apabila memikir gambar2 dlm hp dan juga no rakan2.

Yg pasti sy tak ingin melihat muka si pencuri itu kerana yg ada hanyalah "kebencian"

p/s :buat rakan-rakan....buat sementara waktu ni...sila contact guna no maxis sy sbb sy tak berkesempatan lagi nak pegi celcom center.maaf...atas segala kesulitan...semoga tuhan memberi sy kesabaran ...

Thursday, April 2, 2009

ketakutan sebenar

hari ini...dan juga semalam
setiap kali saya membaca helaian akhbar
terpampang berita yang menyakitkan hati...
"bunuh...rogol...culik...sumbang mahram...zina dsb"

Saya mula berfikir sejenak...andai rumah sendiri bukan lagi pelindung hakiki kita...dimanakah pelindung sebenar kita????Dimana-mana menjadi tempat ketakutan kita...terutama bagi insan yang bergelar "perempuan". Jujur, saya sentiasa merasa takut lebih2 lagi tinggal hanya berdua di rumah besar. Saya ingat lagi...ramai yang berkata kepada umi saya"bahayala takde org laki kat umah". Benarkah bahaya bila tiada lelaki di rumah?. Bagi saya pelindung sebenar bukan lelaki tetapi diri kita sendiri iaitu "IMAN". Sebab itulah masih berlaku zina disebuah rumah yang diduduki ramai lelaki...kerana " hal dia, lantak diala"Lelaki hari ini tak sedar yang mak dia,adik beradik pompuan dia,isteri n anak perempuan dia adalah tanggungjawabnya.

Ketika anda berasa takut,apa yang anda buat???menjerit...menangis atau meraung?? setiap hari saya berasa takut sehingga saya menjadi lali dgn ketakutan tersebut. Saya mendapat keberanian luarbiasa hasil dari kelalian tersebut. Ramai yang kata bahaya duk sorang2 kat rumah waktu malam sebab ada hantu...tp saya mendidik diri saya agar lebih takut kepada pencipta hantu kerana DIA lah yang satu2nya tempat saya memohon.

Walaupun begitu, masih banyak ketakutan yang tak dapat saya atasi. Takut naik lif sorang2, bawa kereta , kucing, air. Ketakutan begitu membuat sya menjadi lebih insaf bahawa saya bukan manusia yg sempurna..tetapi manusia yg sentiasa memerlukan tempat bergantung iaitu ALLAH s.w.t.

Takutlah kepada Allah s.w.t...kerana itulah ketakutan sebenar

ScrollFx