Monday, July 26, 2010

SAJAK : JODOH KETENTUANNYA

Hati ini
Aku sendiri tidak mengerti
Mengapa masih mengharap sesuatu keajaiban
Hamba Allah yang tidak kukenali
Melainkan agamanya yang kukagumi
Menyunting diri ini menjadi sayap kiri perjuangannya
Duhai hati….
Kemustahilan bisa menjadi keajaiban
Andai diri ini bergantung kepada yang SATU
Mengharap redhanya, mengelak amarahnya
Kerana cinta itu
Datang dari dua hati yang berbeza
Disatukan oleh cinta yang maha kuasa
Tanpa redhaNYA, cinta itu hanya bagaikan lalang
Tiada makna dan bisa memusnahkan.
Ya rabb,
kurniakan daku,
Suatu kuasa , suatu kecekalan
Bernama iman
Supaya menyinari hati yang semakin gelap..
Melawan segala panahan cinta
Yang melemahkan rohani dan jasmani
Dan….
Menjadikan aku manusia yang redha…
Kerana cintaMU lebih besar dari cintanya

ScrollFx