"Awak pakai skirt tadi nampak seksi la'
Saya terkejut dengan kata-kata kawan baik saya tuh. Malu pun ada. Saya merasakan pakaian saya menutup aurat...baju t-shirt labuh + skirt panjang gelap + tudung labuh. Saya mengharapkan lebih lanjut penjelasan. Rupa-rupanya ketika di panas terik, cahaya matahari memancar menembusi skirt saya yang agak nipis(WALAUPUN BEWARNA HITAM BIRU)..dan seterusnya menampakkan bayang kedua-dua belah kaki saya. Ya allah...malunya ...perasaan itu tak dapat digambarkan kerana saya telah melintasi banyak kaum muslimin ...semoga tuhan mengampunkan saya atas kecuaian ini.
Ini kisah benar...berlaku keatas diri saya.
Saya ditegur kerana aurat...dan saya menerimanya dengan redha...
walaupun yang menegur saya itu bukanlah sempurna auratnya...tapi saya menerima tegurannya. Saya boleh je nak cakap'awak tuh pakai tudung nipis tuh tak seksi ke?"..tapi saya tak membalas demikian kerana saya tahu dia ikhlas menegur saya.
In nutshell, kita semua sering terlupa jadi amat beruntungla jika ada orang mengingatkan kita. Jadi jangan marah-marah kalau ada orang menegur tentang aurat kita. Muhasabah dirila.
Masih di sini
7 years ago