Sunday, April 26, 2009

Kelantan kalah



Mmg adat permainan...ada pemenang n ada pekalahnya
Jujur, sy bukanlah peminat bola sepak malaysia kerana sukan kegemaran sy adalah badminton

Tapi, suasana kali ini berbeza

Saya tidak sabar2 menunggu detik perlawanan ini
Maybe ini kali pertama pemain pasukan negeri sy menjejak kaki ke final

Keputusan bakal diumumkan...hati sy berharap kel menang...
bukan kerana mengimpikan piala FA

bukan mengimpikan gelaran juara

Tapi....mengharapkan kejayaan kel kerana tidak mahu mengecewakan harapan ribuan peminat
yg snggup menghsabiskan masa, duit n tenaga hnya utk melihat kel bergelar "JUARA"

Saya teringat perbualan nenek saudara sy ngan ibu sy bila keretanya kehabisan bateri pada 25hb april
"mak su tak telefon pomen baiki kereta ke?tanya ibu saya

"pak din takde...pegi tengok bola kat kl."jawab nenek saudara sy.hampa
"anak kan pandai baiki .nape tak suruh dia je?"tanya ibu sy sekali lagi

"anak pun pegi tengok bola...naik kereta ngan kawan2 pegi kl"
kESImpulannya...nenek saudara saya tak dapat bergerak kemana2 kerana kereta tak dapat dibaiki pada hari tersebut sebab smua LELAKI yg berkenaan pegi tgk bola.

Keputusan diumumkan...kelantan sama 1-1 ngan selangor tapi kalah dlm pusingan penalti. Sy sedikit terkilan...sian peminat bola sepak kel yang berhempas pulas ke kl semata2 nak tgk kel menang...tp takdir ALLAH s.w.t pasti ada hikmahnya.

p/s :mujurlah takde rusuhan kat stadium...kecewa ngn laki kel yg b'sifat agak "gedebe". harap sgt mereka jaga air muka mb kita, tuk guru nik aziz.

Sunday, April 19, 2009

HP KU DICuRI...

Pagi ini saya rasa tak keruan sangat...semalaman tak boleh nak tidur. Rupanya ada sebab munasabab. Hp sy n my sis (k800i n k810i) DICURI....ya Allah, semoga pencuri itu mendapat balasan yang setimpal dgnnya!!!!!ni bukan kali pertama bukan juga kali kedua...tapi kali KELIMA. Saya seakan sudah lali dengan kehilangan hp hnya disebabkan manusia bernama PENCURI. Kini apa yg dirasa...ketakutan yang sukar ditafsir...rasa diri ini diperhati. Saya yakin dia adalah pencuri yang sama yg mencuri hp adik, umi n sepupu sy di rumah yg sama tapi tempat yang berbeza.

Ya...kehilangan hp yang berharga rm650(ketika dibeli) perit dirasa tapi yang lebih perit lagi apabila memikir gambar2 dlm hp dan juga no rakan2.

Yg pasti sy tak ingin melihat muka si pencuri itu kerana yg ada hanyalah "kebencian"

p/s :buat rakan-rakan....buat sementara waktu ni...sila contact guna no maxis sy sbb sy tak berkesempatan lagi nak pegi celcom center.maaf...atas segala kesulitan...semoga tuhan memberi sy kesabaran ...

Thursday, April 2, 2009

ketakutan sebenar

hari ini...dan juga semalam
setiap kali saya membaca helaian akhbar
terpampang berita yang menyakitkan hati...
"bunuh...rogol...culik...sumbang mahram...zina dsb"

Saya mula berfikir sejenak...andai rumah sendiri bukan lagi pelindung hakiki kita...dimanakah pelindung sebenar kita????Dimana-mana menjadi tempat ketakutan kita...terutama bagi insan yang bergelar "perempuan". Jujur, saya sentiasa merasa takut lebih2 lagi tinggal hanya berdua di rumah besar. Saya ingat lagi...ramai yang berkata kepada umi saya"bahayala takde org laki kat umah". Benarkah bahaya bila tiada lelaki di rumah?. Bagi saya pelindung sebenar bukan lelaki tetapi diri kita sendiri iaitu "IMAN". Sebab itulah masih berlaku zina disebuah rumah yang diduduki ramai lelaki...kerana " hal dia, lantak diala"Lelaki hari ini tak sedar yang mak dia,adik beradik pompuan dia,isteri n anak perempuan dia adalah tanggungjawabnya.

Ketika anda berasa takut,apa yang anda buat???menjerit...menangis atau meraung?? setiap hari saya berasa takut sehingga saya menjadi lali dgn ketakutan tersebut. Saya mendapat keberanian luarbiasa hasil dari kelalian tersebut. Ramai yang kata bahaya duk sorang2 kat rumah waktu malam sebab ada hantu...tp saya mendidik diri saya agar lebih takut kepada pencipta hantu kerana DIA lah yang satu2nya tempat saya memohon.

Walaupun begitu, masih banyak ketakutan yang tak dapat saya atasi. Takut naik lif sorang2, bawa kereta , kucing, air. Ketakutan begitu membuat sya menjadi lebih insaf bahawa saya bukan manusia yg sempurna..tetapi manusia yg sentiasa memerlukan tempat bergantung iaitu ALLAH s.w.t.

Takutlah kepada Allah s.w.t...kerana itulah ketakutan sebenar

Saturday, March 28, 2009

"dinner" tak seperti yang kusangka


Tanggal 27hb Mac.merupakan hari yang saya tunggu2 selama ini. Jujur,ini first time saya pergi ke dinner di hotel yang saya kira agak mewah jugak..."hotel renaissance". actually, dah banyak kali menginap di hotel ni sebab tumpang bilik mak sdara n pak sdara yg ditaja penginapan mereka di hotel ini. Saya datang agak awal sedkit...iaitu lebih kurang 8.15pm. Oleh sebab rombongan dari USM belum tiba, saya pun pergilah meronda sekitar billion. Memang bosan kerana takde benda nak beli n takde duit dalam poket...ahahah so "menjamu mata" je la dgn barang2 ekslusif spt baju, beg, kasut dsb. Pastuh bila semua hadirin masuk ke dewan...saya dapat merasa satu suasana. Suasana yang sangat berbeza dengan sangkaan saya. Dulu masa matrik...ada jamuan hari raya...n semua pakai baju raya yang cantik.Tapi kali ini agak berbeza, baju yang dipakai benar2 elegen,cantik n ada yg melampau2. Honestly, sy bukanlah menentang budaya bergaya atau memakai baju lawa...tidak sama sekali.Tak kira macam mana sekalipun nak bergaya...jgnlah sampai membatasi syariat!! Ini belum cerita bab mekap n minyak wangi lagi. Bukan tak boleh nak melawa@ berlebih2an tapi tengoklah sekeliling anda begitu ramai kaum yang bukan sejenis yang matanya asyik memerhati anda.Takkan tak perasan atau anda memang sengaja ingin menarik perhatian mereka????Aduhai..sy benar2 mendambakan suasana makan malam yang penuh syariat...takde pertunjukan tarian n apa2 je la yg langgar syariat. susah sgt ke kita nak ikut syariat atau kita sengaja buat ia susah???Saya yakin ramai yang sedar tapi buat2 tak sedar. Maybe ni tanda2 dunia akhir zaman apabila kesalahan dianggap "biasa" n kebenaran dianggap "luar biasa".

Thursday, March 12, 2009

Tell the truth...never say lie


First time in my life...i write in english language.Ahaha..I dont like this language as i'm not expert in this language especially "listening".When i am listening english song...i'm really not understand what it says.But...in the same time i admire this language b'coz it so beautiful and wonderful. Stop talking about this!!actually i want to tell u about how dissapointed i am. Today...spm's results is announced and my former school maahad muhammadi lilbanat get excellent result.Congratullations to all teachers who never give up to help us in study!! But i'm very2 dissapointed when media said that our best student, nik nur madihah who get 20a is from naim lilbanat. How dare the media to tell a lie!!!They lie to all malaysians who watch the television.The truth may hurt but never say lie. REMEMBER THAT..every our word is our duty and will asked by our god on the hereafter.

Monday, March 9, 2009

SYABAB HARI INI

Entahlah, rasa macam takde benda nak buat padahal kerja bertimbung. Assignment banyak lagi yang belum disiapkan. Tapi rasa nak jugak menulis sebab rasa KECEWA bangat sih!!!. Saya tak menipu...sebagai seorang wanita...saya sangat2 kecewa dengan kaum lelaki pada hari ini. Maybe kaum lelaki jugak begitu. Kecewa gak ngn kaum hawa. Tapi saya bukan buat omongan kosong sebab saya ada reason saya sendiri. Firstly, lelaki hari ini tak layak jadi pemimpin sebab keluarga sendiri pun tak boleh nak pimpin. Susah sangat ke nak cakap kat bini hang.."Sayang, tutuplah rambut tuh...buat apa nak tunjuk kat orang"dengan nada yang LEMBUT tapi TEGAS. Tak tau ke yang anda bertanggungjawab kat dosa isteri anda yang tak tutup aurat tuh walaupun anda seorang kaki masjid. Sebab tulah saya menilai hebatnya seorang lelaki itu berdasarkan isterinya bukan kekayaanya, karismanya atau paras rupanya. First time kot orang yang menilai macam saya. Secondly, kalu orang laki duk sibuk orang puan tak reti memasak ...so org puan pun nak sibuk gak yg laki2 hari ni tak pandai buat kerja org laki seperti baiki paip, berkebun, baiki kipas n benda remeh temeh lain yang boleh dibuat tanpa perlu memanggil tukang-tukangnya. Mereka loni lebih suka menghabiskan masa duk berdandan muka n mandi berjam-jam lamanya. Sebab itulah timbulnya lelaki metroseksual, lembut n jambu. Alahai lelaki, manalah kredbiliti anda???Rasa-rasanya tangan perempuan hari ini lagi kasar dari lelaki kot...ahah..takleh saya bayangkan.Dunia memang dah terbalik!!!.Third, lelaki ari ni kalu nak pilih calon isteri...mula2 skali dia tgk...LAWA.kalu tak lawa,terus reject.Bukan tak tengok jurus @ beragama tapi kriteria tuh jatuh ke tempat 2@3...but not first. Sejujurnya, saya respect sgt2 org laki yang tak pandang rupa ni. Lelaki mcm ni 1 dlm 1000...sbb bg jejaka ini isteri yang solehah jauh lg ptg sbb bakal jd ibu kpd anak-anaknya nanti.to be continued

APA-APAPUN...LELAKI YANG PALING BAIK ADALAH RASUL KITA S.A.W...SEMOGA SYABAB ARI INI MENCONTOHI BELIAU. SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL!!

Monday, March 2, 2009

DUST IS MY BED


Dust is my bed, embracing me, and is my cover
The sands are around me, engulfing me from all directions
And the tomb recounts [ the story of ] the darkness of my calamity
And the light has destined that my pleasure is in meeting [Allaah]


Where is the kindness of kin? They relinquished fidelity
Where are the scores of friends? They dispensed with my brotherhood
Where is the bliss of money? I left it behind
And where is the glory of fame and compliments?
That’s my end; dust is my bed

The beloved bade farewell to his love, and cried my elegy
The tears flow dried out, after crying
The vast universe shrank, narrowing my space
The tomb to my corpse became both my land and my sky
That’s my end; dust is my bed

Fear overwhelms my estrangement and sadness is my ailment
Hoping for steadfastness, which is – I swear – my remedy
Sincerely supplicating to the Lord; You are my hope
Hoping- O Allaah – for a paradise, in which my bliss shall be attained

ScrollFx