Wednesday, March 17, 2010

SEDIH...MAAF

Saat ini, saya berasa sangat sedih...walaupun saya tahu ini ujian ALLAH s.w.t kepada saya, saya tidak dapat membendung rasa terluka ini. Semoga sebelum melelapkan mata, saya dapat memaafkan MEREKA dan dengan itu saya juga akan dimaafkan untuk dosa-dosa saya dan apabila saya mencelikkan mata keesokan harinya, saya akan lupakan segala kesakitan ini.Insya'ALLAH

Friday, March 12, 2010

DuGAan

Lama rasanya saya tidak meng'UPDATE" blog ini. Bukan sebab MALAS...tetapi lebih kepada TAKUT. Saya semakin takut orang mengetahui isihati saya ataupun lebih jelas lagi WHO AM I?? Dari kecil sehingga besar panjang..saya tidak suka dikenali walaupun ramai yang mengenali. Saya lansung tak terasa hati jika orang tak mengenali saya tetapi saya rasa sangat2 bersalah bila saya tak ingat orang yang mengenali saya.
Bila anda baca blog saya ini...apa-apa cerita pun saya tidak khususkan kepada sesiapa pun melainkan diri saya sendiri ..jadi janganlah terasa.

Tahun 2010 membuka tirai...dugaan mendatang dan semuanya dari sifat saya yang lemah.
So, saya ingin berkongsi satu lirik lagu dari maher zain

INSHA ALLAH
Every time you feel like you cannot go on
You feel so lost and
That you’re so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair n’ never loose hope
Cos’ Allah is always by your side

Insha Allah x3

Insha Allah you’ll find your way

Insha Allah x3

Every time you can make one more mistake
You feel you can’t repent
And that it’s why too late
You’re so confused,
Wrong decisions you have made
Hunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope
Cos’ Allah is always by your side

Insha Allah x3

Insha Allah you’ll find your way

Insha Allah x3

Insha Allah you’ll find your way
Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him Raise your hands and pray Oh
Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2

Insha Allah x3

Insha Allah we’ll find our way

Tuesday, August 18, 2009

tahniah buat my sis...kerana bergelar zaujah


cantik tak gambr ni??tgkla sape jurukamera nya...eheh


Semoga along dan faizal bahagia sokmo!along...u're not single anymore so behave like a wife...ehehe.. n i'm so jealous b'coz u already belong with someone.Luckily...i have umi..my best friend, my model n my mom.

Sunday, August 16, 2009

Hati yang Semakin Gelap

Saya mula membenci diri ini....benci sangat2. Saya boleh menerima jika diri ini melakukan dosa but i cant accept that although I KNOW it's a sin...i'm still do it. Bodohnya diri ini...hanya kerana kepuasan dunia sementara...sy mengorbankan akhirat sana.
sometimes, i lie myself...its not a sin...but bolehkah hati yang gelisah itu MENIPU?bak pesan Nabi SAW bahawa hati itu tenteram kepada kebaikan dan gelisah terhadap kejahatan.
Hati yang gelisah ini menyebabkan saya jauh dariNYA


Today...i'm breathing
with prosperity, money, family and friends
They always beside me
help me when i have problem
wipe my tear
and fight my fear
but i'm stupid
they are not the real one who help me
but...my creator who sent them
without Allah's love...i'm nothing
Thank you Allah


Semoga tuhan mengurniakan sy ketenangan jiwa...krn itulah seindah2 nikmat di dunia ini. Semoga ramadhan kali ini memberi seribu makna buat saya...dan mengubah diri saya menjadi lebih baik. Selamat menyambut bulan ramadhan!!!

Tuesday, July 28, 2009

kenduri kesyukuran sempena perkahwinan WARDAH dan FAIZAL





Assalamualaikum...
Kepada yang mengenali kakak sy...Wardah Binti Roslan...jemput2lah hadir ke rumah kami pada 1hb Ogos 2009 ,hari sabtu ini. Maaf, mungkin ada yang tertinggal@terlupa beritahu. Diharap sama-sama tolong sampaikan. Terima kasih.

Friday, July 10, 2009

"Belajar ILMU IKHLAS"

“Mari ku ajarkan mu tentang ikhlas,” kata seorang guru kepada muridnya.
“Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulisnya.”
“Tak payah, bawa sahaja karung guni.”
“Karung guni?” soal anak muridnya, seperti tidak percaya.
“Mari kita ke pasar!”

Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yang berbatu-batu.
“Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu,” kata guru itu memberi arahan.
Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui sepanjang jalan.
“Cukup?”
“Belum, isi sampai penuh karung guni itu. Lebih banyak lebih baik.”

Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa pun. Gurunya hanya berlegar-legar, melihat-lihat dan kemudiannya mula beredar ke luar.
“Tok guru, kita tidak beli apa-apa kah?”
“Tidak. Bukankah karung guni mu telah penuh?”
“Ya, ya…” kata murid itu sambil memikul guni yang berat itu kelelahan.

“Banyak beli barang,” tegur seorang kenalan apabila melihat anak murid itu memikul guni yang berisi penuh dengan batu-batu.
“Wah, tentu mereka berdua ini orang kaya. Banyak sungguh barang yang mereka beli,” bisik orang lalu-lalang apabila melihat guru dan anak murid tersebut.
“Agaknya, mereka hendak buat kenduri dengan barang-barang yang banyak itu,” kata orang yang lain.

Sampai sahaja di tempat tinggal mereka, murid tadi meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi.
“Oh, letih sungguh… apa yang kita nak buat dengan batu-batu ni Tok?”
“Tak buat apa-apa.”
“Eh, kalau begitu letih sahajalah saya,” balas anak murid.
“Letih memang letih, tapi kamu dah belajar tentang ikhlas…”
“Bagaimana?” tanya anak murid itu kehairanan.

“Kamu dah belajar apa akibatnya tidak ikhlas dalam beramal.”
“Dengan memikul batu-batu ini?”
“Ya. Batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang di pasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan tetapi hanya batu-batu…”
“Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?”
“Ya, hanya beratnya sahaja yang terpaksa ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah. Yang kamu dapat, hanya penat…”
“Ya, sekarang saya sudah faham apa akibat jika beramal tetapi tidak ikhlas!” ujar murid itu. Sekarang dia sudah faham apa akibatnya RIYAK dalam beramal.

Pengajaran:
Ramai manusia tertipu dalam beramal kerana mengharapkan pujian orang. Padahal kata pujian daripada orang-orang itu tidak akan memberi manfaat pun kepadanya pada hari akhirat. Malah, mengharap pujian daripada manusia hanya akan menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka. Rugi benar orang yang tidak ikhlas, terseksa di dunia, terseksa di akhirat.

dipetik dari laman web genta rasa

http://genta-rasa.com/2009/07/08/ilmu-ikhlas/#more-473

Wednesday, May 27, 2009

POLITIK???

"Baik awak susuk surat khabar tuh" kata rakan saya tiba-tiba
"bakpo??"sy mula pelik. takkan baca surat khabar pun salah.
"kan ada sapo2 napok...bahaya!lagi-lagi musim pilihan raya"kata rakan sy dengan bersunguh2
Saya pun mengalah...perlahan-lahan saya menyimpan surat khabar panas itu dalam beg setelah dipaksa berkali-kali oleh rakan-rakan saya.
Saya pelik bin ajaib melihat "ketakutan" rakan-rakan saya. Saya tak terfikir pulak yang saya akan disyaki atau didakwa oleh HEP USM apabila membaca surat khabar salah satu parti yang bertanding. Jelasnya ketakutan itu disebabkan sy membaca akhbar parti PEMBANGKANG bukannya pemerintah.
Saya seorang yang mudah tertanya-tanya...setiap isu yang dibangkitkan pada musim pilihan raya pasti saya akan mencari jawapan dari KEDUA-DUA pihak. Percaya membuta tuli bukan sifat saya.

Walaupun saya bukan peminat POLITIK...tetapi politik sering dikaitkan dengan saya.
Saya ingat lagi semasa di kem btn tahun lepas. Fasi kumpulan saya bertanya setiap ahli anggota kumpulan kami tentang siapa pemimpin idola kami pada masa kini. Kebanyakan ahli kumpulan saya menjawab "Tun Dr Mahathir" dan saya pula hanya mengikut kata hati saya mengatakan Tuk guru Nik Aziz lah pemimpin idola saya. Ada segelintir ahli lelaki kumpulan saya menjawab kedua-duanya. Saya tahu ini soalan "trick" n saya mahu melihat kesan dari jwpn saya. Saya dapat merasa dia mula "melebihkan" saya dari yang lain. Setelah itu, fasi mula berbicara tentang pendidikan kebangsaan yang langsung tidak sekular seperti yang dibangkitkan oleh pihak pembangkang. Saya hanya mendengar dengan tekun sehingga fasi membuka peluang untuk soal-jawab. Saya SENGAJA bertanya pandangan fasi tentang sistem pengajaran universiti yang langsung tiada pelajaran WAJIB agama. Fasi sedikit teragak-agak untuk menjawab soalan saya. Jawapannya mudah...mahasiswa sudah boleh berfikir baik buruk...so pelajaran di peringkat menengah dan rendah sudah cukup. Saya tidak setuju....tetapi hanya di dalam hati.
"Awak ni sesuai jadi ahli politik la" kata akhir fasi itu khusus buat saya sebelum menamatkan sesi petang itu.

Ahaha...walaupun ujian kerjaya yang saya ambil di matrik mengatakan saya 100% sesuai jadi ahli politik dan fasi itu juga bersependapat sedemikian...it's impossible sebab saya mula benci politik.

Saya benci politik wang untuk meraih undi...saya benci janji kosong yang dibuat wakil rakyat dan saya paling benci sifat SOMBONG sesetengah wakil rakyat. Mereka diberi amanah oleh rakyat untuk menyampaikan kehendak rakyat bukan kehendak mereka.
Tetapi disebalik kebencian itu ada sedikit KEKAGUMAN. Saya sangat kagum dengan tuk guru yang sanggup mengemudi bahtera di kala usia senja memastikan anak-anak kapal tidak lemas dibawa arus ombak. Tahniah tuk guru...walaupun banyak fitnah yang dilemparkan kepada para ulamak yang terlibat dengan politik tapi saya yakin ini satu-satunya cara untuk menjunjung islam di bumi ALLAH s.w.t.

ScrollFx