Tanggal 27hb Mac.merupakan hari yang saya tunggu2 selama ini. Jujur,ini first time saya pergi ke dinner di hotel yang saya kira agak mewah jugak..."hotel renaissance". actually, dah banyak kali menginap di hotel ni sebab tumpang bilik mak sdara n pak sdara yg ditaja penginapan mereka di hotel ini. Saya datang agak awal sedkit...iaitu lebih kurang 8.15pm. Oleh sebab rombongan dari USM belum tiba, saya pun pergilah meronda sekitar billion. Memang bosan kerana takde benda nak beli n takde duit dalam poket...ahahah so "menjamu mata" je la dgn barang2 ekslusif spt baju, beg, kasut dsb. Pastuh bila semua hadirin masuk ke dewan...saya dapat merasa satu suasana. Suasana yang sangat berbeza dengan sangkaan saya. Dulu masa matrik...ada jamuan hari raya...n semua pakai baju raya yang cantik.Tapi kali ini agak berbeza, baju yang dipakai benar2 elegen,cantik n ada yg melampau2. Honestly, sy bukanlah menentang budaya bergaya atau memakai baju lawa...tidak sama sekali.Tak kira macam mana sekalipun nak bergaya...jgnlah sampai membatasi syariat!! Ini belum cerita bab mekap n minyak wangi lagi. Bukan tak boleh nak melawa@ berlebih2an tapi tengoklah sekeliling anda begitu ramai kaum yang bukan sejenis yang matanya asyik memerhati anda.Takkan tak perasan atau anda memang sengaja ingin menarik perhatian mereka????Aduhai..sy benar2 mendambakan suasana makan malam yang penuh syariat...takde pertunjukan tarian n apa2 je la yg langgar syariat. susah sgt ke kita nak ikut syariat atau kita sengaja buat ia susah???Saya yakin ramai yang sedar tapi buat2 tak sedar. Maybe ni tanda2 dunia akhir zaman apabila kesalahan dianggap "biasa" n kebenaran dianggap "luar biasa".
#ruu355
7 years ago