Saturday, March 28, 2009

"dinner" tak seperti yang kusangka


Tanggal 27hb Mac.merupakan hari yang saya tunggu2 selama ini. Jujur,ini first time saya pergi ke dinner di hotel yang saya kira agak mewah jugak..."hotel renaissance". actually, dah banyak kali menginap di hotel ni sebab tumpang bilik mak sdara n pak sdara yg ditaja penginapan mereka di hotel ini. Saya datang agak awal sedkit...iaitu lebih kurang 8.15pm. Oleh sebab rombongan dari USM belum tiba, saya pun pergilah meronda sekitar billion. Memang bosan kerana takde benda nak beli n takde duit dalam poket...ahahah so "menjamu mata" je la dgn barang2 ekslusif spt baju, beg, kasut dsb. Pastuh bila semua hadirin masuk ke dewan...saya dapat merasa satu suasana. Suasana yang sangat berbeza dengan sangkaan saya. Dulu masa matrik...ada jamuan hari raya...n semua pakai baju raya yang cantik.Tapi kali ini agak berbeza, baju yang dipakai benar2 elegen,cantik n ada yg melampau2. Honestly, sy bukanlah menentang budaya bergaya atau memakai baju lawa...tidak sama sekali.Tak kira macam mana sekalipun nak bergaya...jgnlah sampai membatasi syariat!! Ini belum cerita bab mekap n minyak wangi lagi. Bukan tak boleh nak melawa@ berlebih2an tapi tengoklah sekeliling anda begitu ramai kaum yang bukan sejenis yang matanya asyik memerhati anda.Takkan tak perasan atau anda memang sengaja ingin menarik perhatian mereka????Aduhai..sy benar2 mendambakan suasana makan malam yang penuh syariat...takde pertunjukan tarian n apa2 je la yg langgar syariat. susah sgt ke kita nak ikut syariat atau kita sengaja buat ia susah???Saya yakin ramai yang sedar tapi buat2 tak sedar. Maybe ni tanda2 dunia akhir zaman apabila kesalahan dianggap "biasa" n kebenaran dianggap "luar biasa".

9 comments:

Ms said...

jemputan ke http://saidamuslimah.com/ semoga sama2 memajukan pakaian Islam :)

Ismi Ijmi said...

hmmmm...masalah la...
taun depan kita wat tema la,jgn bg bebas sgt deh!!!

pengemis_ilmu said...

ahaha...actually kalu boleh dlm ahli jawatan kuasa yg conduct majlis yg akan dtg tuh mampu bersuara apa yg boleh...apa yg tak boleh.sy rasa smua org tau tp saje buat2 taktau atau mgkin tak sngaja. Islam tak pernah menyekat kebebasan kita tp islam "MENJAGA" kita.

Ismi Ijmi said...

maaf... macam kasar je... tp akak ni x masuk dlm ajk tu ke??

pengemis_ilmu said...

erm mana boleh masuk ikut suka je...ajk tuh kena ada org pilih.actually akak tak kisah pun tak dipilih cuma harap yg dipilih tuh dpt laksanakan amanah yg diberi.ehehe...sng cakap tp susah nak buat kan.sbb tuh benda plg berat kat dunia ni "pegang amanah"

Anonymous said...

salam..
akak akak..nak berkenalan dgn akak..ehe..moga diberi ketabahan dalam menghadapi kehilangan hp buat kali ke5..uhu..lenkali hp mahal2 gantung kat leher.masa tido letak bawah bantal.baru tak kena curi..INSYAALLAH..

pengemis_ilmu said...

salam dik...
salam perkenalan...erm actually hp tuh dicuri slps solat subuh.masa tuh akak n my sis tlg mak kat dapur...tggl hp kat katil.rasanya PENCURI tuh ambik melalui tingkap.Rasanya akak tak sesuai pakai hp mahal sbb akak jenis tak kisah sgt ngn hp(mksdnya tak slalu duk ngn hp...so mmg pyhla nak gantung kat leher tuh)eheh...apapun thanks for nasihat tuh.skrg ni takde mood nak beli hp baru.better pakai hp lama nokia.

nooraniza mohd kassim said...

assalamu'alaikum

sekadar ingin melontarkan pandangan, if kita nampak sesuatu kemungkaran itu akan berlaku, lebih baik kita yang mencegahnya.

Contohnya macam penganjuran dinner yg lazimnya diadakan seperti yg kita pernah hadiri. Adalah lebih baik kalau kita yang terlibat dengan penganjuran majlis, jadi ajk ke or exco. Tapi kalo untuk situasi ini, lebih baik kita jadi hicom or exco yg menjaga kualiti majlis seperti Exco Protokol. If kita nak, insyaAllah Allah akan mudahkan.

Niza pernah cuba untuk nursing dinner sbg exco protokol. Kita cuba control keadaan, dengan bantuan Allah. Alhamdulillah dieprmudahkan Allah...

Hakikatnya, if kita nak ubah sesuatu, kita kena ada kuasa...
Nak ada kuasa, kena ada ilmu. Sebab KNOWLEDGE IS POWER.

Lagi satu, kita kena tunjukkan confident diri yg tinggi sblm diberi kepercayaan untuk buat keje2 penting cmni. Baru org percaya dgn kemampuan kita, if tidak, sampai bila pun kita akan menjadi pemerhati....tak mampu nak buat apa2... betul tak??

~Setiap Kesulitan Pasti Ada Kemudahan~

pengemis_ilmu said...

Sy setuju dgn kak niza. Bila ada kuasa ni...barulah kita ada keyakinan untuk mengubah, kalu tak...orang tak dengar pun apa kita cakap. Actually ni first time sy pegi dinner yg melibatkan pelajar course sy...n kesemua exco terdiri pelajar 3rd n 4th year.so sy tak sgka environment dia mcm ni. Maybe next time sy akan cuba bersuara jika diberi kesempatan.
Pasal kuasa tuh...mungkin sy bukan selayaknya kerana setiap kuasa itu AMANAH.Saya tau "keterbatasan" sy menyebabkan sukar saya menjalankan amanah ini.wallahu'alam.
Terima kasih atas nasihat kak niza.

ScrollFx