Wednesday, May 27, 2009

POLITIK???

"Baik awak susuk surat khabar tuh" kata rakan saya tiba-tiba
"bakpo??"sy mula pelik. takkan baca surat khabar pun salah.
"kan ada sapo2 napok...bahaya!lagi-lagi musim pilihan raya"kata rakan sy dengan bersunguh2
Saya pun mengalah...perlahan-lahan saya menyimpan surat khabar panas itu dalam beg setelah dipaksa berkali-kali oleh rakan-rakan saya.
Saya pelik bin ajaib melihat "ketakutan" rakan-rakan saya. Saya tak terfikir pulak yang saya akan disyaki atau didakwa oleh HEP USM apabila membaca surat khabar salah satu parti yang bertanding. Jelasnya ketakutan itu disebabkan sy membaca akhbar parti PEMBANGKANG bukannya pemerintah.
Saya seorang yang mudah tertanya-tanya...setiap isu yang dibangkitkan pada musim pilihan raya pasti saya akan mencari jawapan dari KEDUA-DUA pihak. Percaya membuta tuli bukan sifat saya.

Walaupun saya bukan peminat POLITIK...tetapi politik sering dikaitkan dengan saya.
Saya ingat lagi semasa di kem btn tahun lepas. Fasi kumpulan saya bertanya setiap ahli anggota kumpulan kami tentang siapa pemimpin idola kami pada masa kini. Kebanyakan ahli kumpulan saya menjawab "Tun Dr Mahathir" dan saya pula hanya mengikut kata hati saya mengatakan Tuk guru Nik Aziz lah pemimpin idola saya. Ada segelintir ahli lelaki kumpulan saya menjawab kedua-duanya. Saya tahu ini soalan "trick" n saya mahu melihat kesan dari jwpn saya. Saya dapat merasa dia mula "melebihkan" saya dari yang lain. Setelah itu, fasi mula berbicara tentang pendidikan kebangsaan yang langsung tidak sekular seperti yang dibangkitkan oleh pihak pembangkang. Saya hanya mendengar dengan tekun sehingga fasi membuka peluang untuk soal-jawab. Saya SENGAJA bertanya pandangan fasi tentang sistem pengajaran universiti yang langsung tiada pelajaran WAJIB agama. Fasi sedikit teragak-agak untuk menjawab soalan saya. Jawapannya mudah...mahasiswa sudah boleh berfikir baik buruk...so pelajaran di peringkat menengah dan rendah sudah cukup. Saya tidak setuju....tetapi hanya di dalam hati.
"Awak ni sesuai jadi ahli politik la" kata akhir fasi itu khusus buat saya sebelum menamatkan sesi petang itu.

Ahaha...walaupun ujian kerjaya yang saya ambil di matrik mengatakan saya 100% sesuai jadi ahli politik dan fasi itu juga bersependapat sedemikian...it's impossible sebab saya mula benci politik.

Saya benci politik wang untuk meraih undi...saya benci janji kosong yang dibuat wakil rakyat dan saya paling benci sifat SOMBONG sesetengah wakil rakyat. Mereka diberi amanah oleh rakyat untuk menyampaikan kehendak rakyat bukan kehendak mereka.
Tetapi disebalik kebencian itu ada sedikit KEKAGUMAN. Saya sangat kagum dengan tuk guru yang sanggup mengemudi bahtera di kala usia senja memastikan anak-anak kapal tidak lemas dibawa arus ombak. Tahniah tuk guru...walaupun banyak fitnah yang dilemparkan kepada para ulamak yang terlibat dengan politik tapi saya yakin ini satu-satunya cara untuk menjunjung islam di bumi ALLAH s.w.t.

1 comment:

Mimie Mizah said...

hmm..ianya bukan salah politik..malah politik(siasah) itu sndiri terangkum dalam Islam..

tapi disebabkan politik Malaysia yg semakin hari semakin kotor disebabkan golongan2 yang langsung tak layak mengemudi politik Malaysia membuatkan ramai individu yang benci politik..tak boleh nak salahkan individu2 itu..

namun..mungkin jugak patut akak jadi ahli politik untuk menjernihkan makna politik yang sebenar..hehe..=)

ScrollFx