Friday, February 27, 2009

Perkahwinan SATU AMANAH

Akhir-akhir ini, saya sering mendengar berita rakan-rakan saya yang telah berkahwin dan juga yang akan berkahwin. Sejujurnya...saya pun terasa ingin berkahwin....ehehe...tapi malangnya masih belum ada calon lagi. Satu perkara yang sering orang tahu dalam sebuah perkahwinan mesti ada CINTA tapi mereka sering lupa satu perkara yang lebih penting iaitu AMANAH. Maafkan saya....terus terang saya katakan perkahwinan yang saya lihat hari ini tak lebih dari sebuah tanggungjawab namun dilupakan terus hal AMANAH. Hari ini kebanyakan suami yang berperanan sebagai seorang ketua keluarga ...mungkin melaksanakan tanggungjawab mencari rezeki untuk keluarga namun mereka lupa amanah membimbing isteri mereka dan anak-anak mereka. Mereka langsung tak kisah isteri dan anak-anak mereka tidak menutup aurat dan tidak menunaikan solat. Alangkah dayusnya lelaki-lelaki ini. Mereka bukan orang biasa...mereka menunaikan solat dan mempunyai akhlak yang baik...mereka juga golongan yang berpendidikan tinggi dan orang yang berjaya dalam kerjaya...tapi mereka GAGAL dalam menunaikan amanah sebagai ketua keluarga.
Wahai lelaki-lelaki sekalian....ingatlah ayat ALLAH s.w.t yang bermaksud
Wahai orang-orang beriman, jagalah dirimu dan ahli keluarga kamu dari api neraka"
Dan buat wanita-wanita sekalian...jangan cari lelaki yang hanya beriman tapi lelaki yang beriman yang mengajak kamu kearah kebenaran, kalau tak...anda adalah orang yang berada dalam KERUGIAN. Kecuali anda sehebat ummu sulaim...
Buat rakan-rakan yang masih mencari seperti saya...serahkanlah urusan jodoh kepada YANG MAHA MENGETAHUI kerana hanya DIA yang tahu apa yang terbaik untuk kita.

No comments:

ScrollFx