Thursday, February 19, 2009

TIME TO CHANGE-COVER UP URSELF


Sejujurnya...sudah lama saya ingin menulis post ini. Walaupun hampir setiap blog menulis pasal aurat...aurat...namun setiap pembaca bagaikan sudah lali dengan pasal aurat ini.masuk telinga kanan and keluar telinga kiri...tak sempat pun nak dibaca oleh otak. Tapi saya nak tulis jugak...sebab its my duty...BERPESAN-PESAN KE ARAH KEBENARAN


KENAPA KITA TUTUP AURAT??

First...sebab ALLAH s.w.t suruh....

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لِّأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاء الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَن يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَّحِيمًا
"Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan wanita-wanita Mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu lebih baik, supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al-Ahzab: 59)


Kenapa ALLAH s.w.t suruh kita tutup aurat???

SEBAB ALLAH s.w.t maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

Perasan tak...bila kita tutup aurat ni...orang(mostly lelaki) akan lebih menghormati kita. Kita pun malu nak buat benda-benda jahat dan juga maksiat.


MACAM MANA DIKATAKAN TUTUP AURAT???

Bertudung tak semestinya menutup aurat. Kenapa??Cuba anda duduk di belakang rakan anda yang bertudung bawal nipis. Mungkin tak nampak rambutnya sebab dia pakai terbus..tapi macam mana pulak tengkuknya????Jawablah dengan sejujurnya!!! Jika nampak tengkuknya yang jinjang itu....itu bermakna dia tidak menutup aurat dengan sempurna lagi.Bayangkan kalau lelaki duduk di belakang rakan anda itu...lelaki yang beraja nafsu mungkin akan tergoda sehingga merosakkan seluruh pahala yang dikumpul selama ini...hanya kerana tengkuk seorang hawa.Wah hebatnya kaum hawa ni....mahukah anda menjadi sehebat itu???tepuk dada...tanya iman.


TUDUNG LABUH

Saya ingat lagi pandangan beberapa kenalan saya tentang orang pakai tudung labuh ni..."Dia ni mesti ustazah"."Dia ni mesti sekolah agama"..ah ...ceteknya pandangan orang seperti itu. Teringin je saya nak tunjuk seorang guru fizik, doktor pakar,n bidang professional lain yang memakai tudung labuh. Mereka bukan ustazah mahupun ahli agama tapi mereka adalah orang yang beragama. Hatta ustazah sendiri pun masih tidak segan silu tidak memakai tudung di depan bukan mahram. Sejujurnya mereka yang memakai tudung labuh ini adalah orang yang sentiasa ingin memajukan diri. Macam saya sendiri...walaupun dipanggil "kak" akibat pemakaian saya...it doesnt matter for me. Pandangan manusia tidak sepenting pandangan illahi. Apa yang penting saya tahu mengapa saya menutup aurat.


Lastly...berubahla ke arah kesempurnaan menutup aurat...jangan takut akan kata-kata negatif dari insan yang dengki dengan anda. Saya tahu setiap orang memang mahu berubah tapi takut. Percayalah Allah s.w.t akan sentiasa membantu mu.


No comments:

ScrollFx