Thursday, April 2, 2009

ketakutan sebenar

hari ini...dan juga semalam
setiap kali saya membaca helaian akhbar
terpampang berita yang menyakitkan hati...
"bunuh...rogol...culik...sumbang mahram...zina dsb"

Saya mula berfikir sejenak...andai rumah sendiri bukan lagi pelindung hakiki kita...dimanakah pelindung sebenar kita????Dimana-mana menjadi tempat ketakutan kita...terutama bagi insan yang bergelar "perempuan". Jujur, saya sentiasa merasa takut lebih2 lagi tinggal hanya berdua di rumah besar. Saya ingat lagi...ramai yang berkata kepada umi saya"bahayala takde org laki kat umah". Benarkah bahaya bila tiada lelaki di rumah?. Bagi saya pelindung sebenar bukan lelaki tetapi diri kita sendiri iaitu "IMAN". Sebab itulah masih berlaku zina disebuah rumah yang diduduki ramai lelaki...kerana " hal dia, lantak diala"Lelaki hari ini tak sedar yang mak dia,adik beradik pompuan dia,isteri n anak perempuan dia adalah tanggungjawabnya.

Ketika anda berasa takut,apa yang anda buat???menjerit...menangis atau meraung?? setiap hari saya berasa takut sehingga saya menjadi lali dgn ketakutan tersebut. Saya mendapat keberanian luarbiasa hasil dari kelalian tersebut. Ramai yang kata bahaya duk sorang2 kat rumah waktu malam sebab ada hantu...tp saya mendidik diri saya agar lebih takut kepada pencipta hantu kerana DIA lah yang satu2nya tempat saya memohon.

Walaupun begitu, masih banyak ketakutan yang tak dapat saya atasi. Takut naik lif sorang2, bawa kereta , kucing, air. Ketakutan begitu membuat sya menjadi lebih insaf bahawa saya bukan manusia yg sempurna..tetapi manusia yg sentiasa memerlukan tempat bergantung iaitu ALLAH s.w.t.

Takutlah kepada Allah s.w.t...kerana itulah ketakutan sebenar

No comments:

ScrollFx